Program pertama kali itu turut mendapat kerjasama Persatuan Khairat Kematian Taman SBJ Putra dan syarikat agensi pelanco­ngan, Hanafi World Holidays, 

Pengerusi Masjid Putra, Abdul Rashid Abdul Lateh berkata,  tujuan program itu diadakan adalah untuk memudahkan peserta menguruskan jenazah apabila berlaku kematian dalam kalangan ahli keluarga mereka.

Katanya, peserta-peserta diberikan penerangan mengenai tindakan yang harus dilakukan sebaik sahaja berlaku kematian hingga proses pengebumian.

“Peserta telah diberi pene­rangan secara khusus oleh Petugas Jabatan Halaqat, Bahagian Pengurusan Jenazah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Hanipah Daud.

“Di samping itu peserta turut diberikan tunjuk ajar secara praktikal kaedah mandi hingga mengkafankan jenazah secara terperinci,” katanya,

Tambah Abdul Rashid, program dilaksanakan itu sebagai tanggungjawab Masjid Putra memberi pendedahan seluas-luasnya kepada orang ramai me­ngenai pentingnya ilmu pengurusan jenazah.

Katanya, kursus ber­kenaan juga dapat memberi pemahaman dan kemahiran pengurusan jenazah sebagai tanggungjawab orang beragama Islam.

“Pada masa akan datang sekiranya kursus seumpama ini diadakan lagi kita harap akan lebih banyak penyertaan demi kebaikan bersama,” ujarnya.