Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

1,500 penduduk berkumpul jayakan Majlis Korban DUN Kemahang

1,500 penduduk berkumpul jayakan Majlis Korban DUN Kemahang
PENGARAH DUN Kemahang, Baharudin Yusoff (lima dari kanan) bergambar bersama penduduk setempat pada Majlis Ibadat Korban peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemahang, Tanah Merah hari ini. - UTUSAN

TANAH MERAH 4 Sept. - Majlis Korban Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemahang di Pusat Dakwah Bendang Nyior, di sini hari ini berjaya mengumpulkan seramai 1,500 penduduk setempat.

Pengarah DUN Kemahang, Baharudin Yusoff berkata, setakat ini sebanyak empat ekor lembu dikorbankan sebelum dagingnya diagihkan kepada golongan yang memerlukan di kawasan itu.

“Kita telah memulakan ibadat korban ini sejak hari raya pertama lagi melibatkan seekor lembu yang diagihkan kepada ketua masyarakat di kawasan DUN Kemahang.

“Hari ini, tiga ekor lembu pula dikorbankan untuk agihan serta jamuan hari raya kepada seluruh penduduk setempat bermula pukul 12.30 tengah hari sehingga 4 petang,” katanya ketika ditemui hari ini.

Baharudin dalam pada itu memberitahu, sempena majlis berkenaan, pihaknya turut menganjurkan program #QuranHour bermula pukul 11 pagi hingga 12 tengahari.

“ Program #QuranHour melibatkan seramai 100 orang yang terdiri daripada guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) dan penduduk setempat,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain