President MAH cawangan negeri ini, Maimun Mohd. Hussin berkata, kejohanan sukan itu merupakan edisi keenam dengan melibatkan penyertaan lapan buah hotel.

Menurutnya, kejohanan itu bertujuan mengumpul kakitangan hotel, mengeratkan hubungan silaturahim antara mereka serta membawa mereka keluar daripada tekanan kerja.

"Kejohanan ini bermula pada hari ini dan berakhir pada 26 Februari melibatkan sembilan acara sukan seperti badminton, dart, bola sepak, karom dan bola jaring.

"Pada tahun ini juga kita memperkenalkan satu acara baru iaitu "waiter race" buat pertama kalinya," katanya selepas merasmikan acara badminton di Dewan Persatuan Badminton Negeri Kelantan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE