Sebanyak enam pasukan dengan 40 ahli mengambil bahagian dalam kejohanan itu bagi merebut 
Piala Presiden Kawat yang julung kali dipertandingkan.

Koordinator program, Abdul Malik Muhamad berkata, kesemua mereka merupakan pengamal 
media di negeri ini yang terdiri daripada wartawan, jurugambar dan jurukamera pelbagai agensi 
berita.

"Berdasarkan sambutan meriah yang diterima kita akan meneruskan penganjuran kejohanan ini 
sebagai program tahunan Kawat," katanya kepada pemberita di sini.

Kejohanan yang bermula kira-kira pukul 8 malam itu menyaksikan pasukan Roma muncul juara 
manakala naib juara menjadi milik Real Madrid. 

Tempat ketiga diraih Inter Milan, Bayern Munich (keempat) disusuli Barcelona dan Juventus. 

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan 
Belia, Sukan dan NGO negeri merangkap TImbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri 
Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim. 

Yang hadir sama, Presiden Kawat, Wan Abdul Rahman Hayat.

Kejohanan turut mendapat penajaan daripada Jabatan Penerangan Terengganu, Tenaga 
Nasional Berhad (TNB), Kobertbell, Hotel Tanjung Vista, TSG, Majlis Sukan Negeri Terengganu, 
Kopi Super Jantan dan Gajah Emas. - UTUSAN ONLINE