Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd. Samad berkata, keharmonian tersebut jdapat dilihat apabila masyarakat pelbagai kaum dan etnik di negeri ini dapat hidup bersatu-padu.

"Berpaksikan kepada yang tua dihormati dan muda dikasihi, amalan ini berjaya mewujudkan suasana rukun dan damai, seterusnya melahirkan satu masyarakat harmoni di Sarawak.

"Kejayaan mengekalkan hubungan baik ini adalah hasil kepimpinan kerajaan negeri selama ini dan kita (negeri lain) tertarik dengan cara 'keluarga' di sini (Sarawak) mengendalikannya," ujar beliau kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat Taman Kekal Pengeluaran Makan (TKPM), Stesen Pertanian Rampangi, Sabtubong di sini hari ini.

Abdul Halim bersama rombongan terdiri daripada 12 senator Dewan Negara dalam sesi lawatan empat hari ke Sarawak bermula kelmarin bagi meninjau dan melihat perkembangan negeri ini daripada segi ekonomi, pertanian, sosial dan politik.

Diminta mengulas mengenai langkah pengubalan akta baharu mengenai berita palsu, beliau berkata, langkah proaktif diambil kerajaan itu  bertujuan melindungi dan memperkasakan masyarakat serta negara.

Jelasnya, kerajaan bertindak membuat sesuatu perkara yang baik untuk rakyat walaupun menyedari ia bukan tindakan popular.

"Bukan seperti pembangkang yang kerja mereka hanya pandai mencari apa yang tidak betul (dibuat kerajaan). Mungkin disebabkan mahukan kuasa umpamanya, `hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'," ujarnya.-UTUSAN ONLINE