Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, hutang negeri juga tidak ada sekali gus membuatkan kerajaan negeri berada dalam keadaan selesa untuk mentadbir.

“Kedudukan kewangan kita bagus dan kita berada dalam keadaan selesa sebab itu kita boleh keluarkan bantuan hari raya dan sebagainya.

“Kita punya hutang negeri juga berada dalam keadaan bagus dan terkawal. Dahulu ada pengiraan tentang air ada silap sedikit, kita kosong (sebenarnya) takde hutang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri di Kota Iskandar, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE