Video oleh MOHD. RAFIE AZIMI

Dengan dihadiri lebih 100 individu terdiri daripada penduduk kampung serta kakitangan kerajaan, lebih 250 kilogram durian, cempedak serta rambutan habis dimakan dalam tempoh tidak sampai sejam.

Dimulakan dengan tahlil ringkas dan doa selamat, majlis turut diserikan dengan kehadiran bekas Menteri Besar, Tan Sri Osman Aroff bersama isteri, Puan Sri Nur Katherina Koh.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar serta Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Hassan Mohd. Noor.

Aminuddin yang lebih mesra dengan panggilan ‘Pak Tam’ dalam kalangan penduduk kampung memberitahu, majlis tersebut diadakan bagi meraikan penduduk kampung selain beramah mesra bersama masyarakat setempat. - UTUSAN ONLINE