Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

UUM terima kemasukan 4,957 penuntut baharu

TIMBALAN NAIB CANSELOR
TIMBALAN Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Abdul Malek Abdul Karim (kanan) membantu pelajar Orang Kurang Upaya (OKU), Nur Syiham Naz'izan menaiki van khas OKU UUM pada sesi pendaftaran pelajar baharu semester pertama sesi 2017/2018 di Inapan Siswa (INASIS) Petronas UUM di sini, hari ini. - FARIZ RUSADIO/UTUSAN

KUBANG PASU 5 Sept. - Seramai 4,957 penuntut baharu terdiri daripada calon lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), diploma, matrikulasi, Asasi Pengurusan dan Sijil
Tinggi Agama Malaysia (STAM) termasuk pelajar antarabangsa memulakan pengajian peringkat ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana muda berkembar di Universiti Utara Malaysia (UUM) hari ini.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dr. Abdul Malek Abdul karim berkata, jumlah tersebut adalah kemasukan terbesar yang mengikuti 36 kursus untuk sesi akademik bagi 2017/2018.


“Sebanyak 4,047 penuntut diterima menerusi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) , 186 menerusi Asasi Pengurusan UUM , 190 melalui Program Khas B40 dan 23 pelajar mobiliti.


“Selain itu, UUM turut menerima 511 pelajar antarabangsa merangkumi 178 pelajar dari 19 negara, 295 pelajar mobiliti dan 38 pelajar ijazah berkembar dari Universitas Padang Indonesia,” katanya pada sidang akhbar di Sintok dekat sini hari ini.


Menurutnya, daripada jumlah itu, seramai 3,657 merupakan pelajar perempuan dan 1,301 adalah pelajar lelaki.


Beliau memberitahu, sehingga 30 Ogos, seramai 28,025 penuntut mengikuti pengajian peringkat siswazah manakala seramai 5,601 pelajar mengikuti pengajian peringkat pasca siswazah.-UTUSAN ONLINE


Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain