Menurut kenyataan Pejabat Perikanan Kedah pelaksanaan tempoh berkenaan selaras dengan kepentingan untuk mengurus sumber dan populasi ikan bilis dengan menggunakan pendekatan ekosistem terhadap pengurusan perikanan di negara ini.


Sepanjang tempoh penguatkuasaan tersebut, sebarang penangkapan dan pemprosesan ikan bilis adalah salah disisi undang-undang, namun penjualan ikan bilis dibenarkan seperti biasa dengan mendapatkan pengesahan bertulis daripada pihak Pejabat Perikanan Kedah.

Menurut kenyataan itu lagi, pelaksanaan tersebut dibuat setelah mendapat persetujuan daripada pihak berkepentingan termasuk Persatuan Pengusaha-Pengusaha Ikan Bilis Langkawi, Persatuan Peniaga-Peniaga Ikan Bilis Kedah Tengah, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Institut Penyelidikan Perikanan (FRI).- BERNAMA