Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Uji diri, nikmati alam dalam cabaran BDB

IZHAM YUSOFF memperkenalkan logo BDB Climb and Run Langkawi sebagai
IZHAM YUSOFF memperkenalkan logo BDB Climb and Run Langkawi sebagai simbolik prapelancaran cabaran berkenaan di Langkawi, Kedah semalam. mingguan/ISMAIL KAMADIN

LANGKAWI 8 April – Peminat sukan lasak bukan sahaja berpeluang menguji keupayaan fizikal serta mental malah menikmati keindahan Hutan Hujan Lipur Sungai Sembilang sepanjang mengharu­ngi cabaran mendaki dan larian anjuran Bina Darulaman Bhd. (BDB) di Gunung Raya, di sini.

Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Datuk Izham Yusoff berkata, acara BDB Climb and Run Langkawi pada 22 April ini merupakan pembuka tirai kepada siri BDB Triple Challenge 2017.

Katanya, acara itu bakal menguji keupayaan fizikal dan kekuatan mental para peserta yang perlu mendaki 4,287 anak tangga untuk sampai ke puncak tertinggi di Langkawi.

“Menariknya dalam acara ini, peserta akan ‘ditemani’ keindahan Hutan Hujan Lipur Sungai Sembilang yang mempunyai 160 tumbuhan herba, 80 jenis pokok kayu, 73 spesies burung dan 169 spesies rama-rama sepanjang mendaki tangga Helang Seribu Kenangan tersebut.

“Bagi saya, ini antara tarikan yang tidak patut dilepaskan penggemar sukan lasak terutama peminat acara larian yang selama ini sukar mendapatkan persekitaran yang menarik semasa berlari,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Pra Pelancaran BDB Climb and Run Langkawi di Underwater World di sini hari ini.

BDB Triple Challenge yang memasuki tahun kedua penganjurannya turut merangkumi acara BDB Extreme di Jitra pada 23 September dan BDB Rafting pada 18 November ini di Kulim.

Menurut Izham, pihaknya tidak meletakkan jumlah sasaran peserta pada kali ini namun yakin bilangan penyertaan meningkat berbanding penganjuran acara pada tahun lalu.

“Pada tahun lalu, acara siri pertama menerima penyertaan pa­ling sedikit kerana ramai peminat sukan lasak yang tidak tahu. Namun menerusi promosi-promosi yang kita buat, cabaran sukan lasak yang dianjurkan BDB ini semakin dikenali ramai,” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain