Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin berkata, kejadian itu dipercayai berlaku ketika mangsa, Seow Lim Kiong, 46, menunggang berseorangan dari arah Simpang Empat Kuar menuju ke Pekan Alor Janggus melalui ban kecil.

“Kami menerima maklumat kira-kira mengenai kejadian itu kira-kira pukul 11.30 pagi. Siasatan awal mendapati motosikal mangsa terbabas ketika melalui selekoh sehingga menyebabkannya terjatuh ke dalam tali air yang terletak di kiri ban.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati terdapat kesan tayar terbabas di tebing ban tersebut sehingga ke tempat mayat mangsa ditemukan,” katanya.

Tambahnya siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE