Pengarahnya, Jazli Fadzil ber­kata, golongan tersebut perlu memahami sepenuhnya aspirasi kerajaan dalam memperkenalkan TN50 bagi membantu mereka mengambil bahagian dalam mencorakkan masa depan negara.

“Kami seboleh-bolehnya mahu memastikan anak muda di negeri ini dapat menghayati semangat dan pembaharuan yang mahu ditampilkan dalam TN50 secara mendalam.

“Kami tidak mahu wujud rasa sangsi dalam kalangan mereka mengenai dasar diperkenalkan kerajaan ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan sesi ceramah mengenai TN50 di Institut Perguruan Sultan Abdul Halim (IPSAH), di sini hari ini.

Dalam program tersebut, seramai 250 pelajar sekolah menengah dan mahasiswa IPT berhampiran mengambil bahagian.

Mengulas lanjut, Jazli berkata, generasi muda hari ini tidak sepatutnya membuat andai­an sendiri me­ngenai dasar jangka ma­sa panjang itu.

“Jangan timbulkan sebarang prasangka buruk selagi belum betul-betul memahaminya.

“TN50 mampu menjadikan negara ke arah yang lebih baik jika semua pihak terutamanya generasi muda mengambil bahagian menjayakannya,” katanya.