“Ini pertama kali fakulti menghantar wa­kil untuk bertanding, jadi saya sangat berbangga kerana dapat memenangi dua anugerah yang disertai sekali gus layak menerima Anugerah Tokoh Siswa.

“Saya berterima kasih kepada ibu bapa, keluar­ga, pensyarah penasihat serta rakan-rakan yang telah menjayakan projek Bengkel Literasi Maklumat dan Forum Functions of Languages in Information Search: Indonesia, Malaysia and Thailand Perspectives bagi membolehkan saya memenangi anugerah ini,” katanya selepas majlis penyampaian Anugerah Tokoh Siswa dan Kecemerlangan Atlet UiTM Kedah 2018 di sini semalam.

Dalam majlis tersebut, dua lagi penuntut yang turut diumumkan sebagai penerima anugerah Tokoh Siswa terdiri daripada Muhammad Zulhilmi Mohd. Azuhri, 19, dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pe­ngajian Polisi dan pelajar jurusan Pentadbiran Awam, Diffan Sina Jasmi, 20.