Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, peng­huni rumah berkenaan sedang me­nikmati hidangan makan tengah hari sebelum dikejutkan dengan bunyi yang kuat dari atas bumbung rumah.

Penghuni rumah itu, Muhammad Aadelee Md. Hanipah, 24, berkata, dia bagaimanapun ber­syukur kerana semua ahli keluar­ganya tidak mengalami kecederaan.

“Ketika kejadian berlaku, isteri, ibu serta anak sulung saya, Dhia Aadrenaa Aurora, dua bulan berada dalam rumah.

“Saya tak tahu ba­gaimana angin kencang secara tiba-tiba itu boleh berlaku di rumah ayah yang dibeli kira-kira 20 tahun lalu ini,” katanya.

Pembantu Kanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Kuala Muda, Ibrahim Md. Noor pula berkata, pihaknya menghulurkan sumbangan makanan kepada keluarga mangsa berikutan kejadian itu.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Abdul Rahim Saad ketika melawat keluarga itu memberitahu, pihaknya akan berusaha untuk mendapat peruntukan bencana alam agar rumah mangsa dapat segera dibaiki.