Pada majlis tersebut, seramai 850 keluarga mangsa banjir menerima bantuan daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah berupa wang tunai berjumlah RM500 bagi setiap keluarga dengan jumlah keseluruhan berjumlah RM426,000.

Penerima turut menerima kit bantuan bencana yang mengandungi barang keperluan harian bernilai RM50.

Turut mengiringi, Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Hadir sama, Pegawai Daerah Kulim, Mohamad Che Nai serta Anggota Parlimen Padang Serai M. Karupaiya.


Terdahulu, Tengku Sarafudin berkenan meluangkan masa kira-kira 15 minit melawat sekitar Kampung Baru, Sungai Kob yang terjejas teruk akibat banjir lumpur pada 28 Mei lalu.

Tengku Sharifudin turut melawat rumah dua beranak, Allahyarham Johari Bakar 57, dan anak perempuannya, Nor Suri Dalina, 14, yang terkorban akibat hanyut di bawa arus deras dalam kejadian banjir tersebut.

Raja Muda juga sempat memberi kata-kata nasihat kepada balu mangsa, Che Yang Ton, 53, dan berharap mereka tabah menghadapi ujian yang melanda.

Pada majlis itu juga, Tengku Sarifudin turut menyampaikan sumbangan RM10,000 daripada Yayasan Sultanah Bahiyah kepada Tabung Bencana Kulim. - BERNAMA