Diketuai Ketua Polis negeri, Datuk Zainal Abidin Kasim, ‘rombongan’ itu yang turut disertai beberapa ketua polis daerah serta ahli Persatuan Keluarga Polis (Perkep) meluangkan masa selama hampir sejam bagi bertanya khabar para pesakit. 

“Selain itu kami turut menyampaikan sumbangan dengan harapan supaya mereka tetap dapat merasakan sedikit kemeriahan menjelang Aidilfitri. 

“Tidak hanya bertemu dengan para pegawai dan anggota, sumbangan tersebut turut diberikan kepada anak-anak kecil yang mendapatkan rawatan di wad pediatrik,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Antara pegawai kanan polis negeri yang turut serta dalam kunjungan tersebut termasuklah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superitendan Helmi Aris, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Chan Teck Paing
serta Pengerusi Biro Kebajikan Perkep negeri, Salwah Mahdan.

Sementara itu salah seorang individu yang dikunjungi, Basharuddin Hashim, 46, berkata, beliau bersyukur di atas keprihatinan Zainal serta para pegawai kanan tersebut yang sudi meluangkan masa menziarahinya di wad. 


“Saya dimasukkan ke sini sejak Rabu minggu lalu akibat kekurangan darah dan garam. Keadaan itu menyebabkan saya sering merasa lesu dan rasa seperti hendak jatuh. 

“Terima kasih saya ucapkan buat semua yang datang menziarah dan memberi sumbangan,” katanya yang ditemani isteri, Sahromniza Abu Samam, 41.-UTUSAN ONLINE