Dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, suspek melarikan diri meninggalkan keretanya itu yang sarat daun ketum setelah melanggar motosikal jenis Mo­de­nas yang ditunggang Mohd. Salleh Does, 52, ketika menghantar anaknya, Nur Ainun Naiqin, 9, ke Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Pari di sini.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shariffuddin Yu­­­­-
suf berkata, polis membuat pe­meriksaan ke atas kendera­an berkenaan dan menemukan bungkusan dalam kenderaan itu dipercayai daun ketum dile­takkan dalam bonet dan tempat duduk belakang penumpang.

“Suspek melarikan lari kerana dia membawa bahan terlarang dan kita percaya daun ketum itu untuk dijual kerana kuantiti yang banyak iaitu lebih kurang 300 bungkus.

“Lelaki berkenaan dipercayai menyeludup daun ketum dari Durian Burung ke Kupang sete­rusnya menuju ke Pantai Timur,” kata Shariffuddin di sini hari ini.

Katanya, pihak polis kini memburu lelaki berkenaan manakala daun ketum tersebut dirampas untuk siasatan lanjut.

Dalam pada itu jelas beliau, polis mengesan saksi bebas untuk membantu kes berkenaan manakala penunggang motosikal dan anaknya dirawat di Hospital Baling sebagai pesakit luar akibat cedera ringan.