Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Petani dinasihat segera tabur benih

OTHMAN AZIZ (dua dari kiri) menyampaikan Anugerah PPK Jaya 2016
OTHMAN AZIZ (dua dari kiri) menyampaikan Anugerah PPK Jaya 2016 kepada wakil PPK Kepala Batas, Zubaair Hussain dan Ku Saadiah Ku Shafie selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA 2017 di Alor Setar, Kedah, kelmarin. Utusan/Ismail Kamadin

ALOR SETAR 15 Mei – Petani di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di nege­ri ini dan Perlis dinasihatkan supaya segera memulakan tanaman padi masing-masing bagi musim 1/2017.

Pengerusi MADA, Datuk Othman Aziz berkata, walaupun tarikh menabur benih berakhir 21 Mei ini namun masih terdapat segelintir petani belum berbuat demikian sekali gus dikhuatiri menjejaskan penanaman padi mereka.

“Jadual terakhir menabur adalah 21 Mei ini walaupun 80 peratus sudah berbuat demikian namun terdapat segelintir masih ketinggalan.

“Jadual penanaman perlu seragam, apa yang kita bimbang adalah kelak mereka berdepan dengan pelbagai masalah seper­ti bekalan air di sawah masing-masing,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA 2017, di sini semalam.

Mesyuarat agung itu merupa­kan medan untuk setiap PPK me­lakukan penilaian terhadap pres­-
tasi PPK masing-masing dalam usaha memperkukuhkannya.

Dalam majlis itu, beliau turut menyampaikan anugerah dan pengiktirafan kepada PPK mengikut beberapa kategori termasuk PPK Jaya, PPK Pengurusan Estet Padi Terbaik dan Unit Peladang Jaya.

Mengulas lanjut, kata Othman, pihaknya akan berusaha menangani masalah tersebut dengan melantik ketua-ketua unit di setiap PPK agar memberi kaunseling kepada petani terlibat.

“Ini adalah cabaran di PPK dan saya letakkan cabaran ini kepada setiap ketua unit supaya mereka turun padang untuk memberi kaunseling atau nasihat kepada petani yang masih enggan mengikut jadual penanaman padi yang ditetapkan MADA,” katanya.

Dalam perkembangan lain, kata Othman, PPK MADA berjaya meraih pendapatan seba­nyak RM130.2 juta pada tahun lepas berbanding RM127.9 juta tahun sebelumnya.

Katanya, pendapatan bagi keseluruhan 27 PPK itu meningkat sebanyak RM2.2 juta dengan keuntungan melebihi RM8 juta.

Katanya, peningkatan itu menunjukkan MADA serius dalam peranannya untuk memartabatkan peladang dalam penyaluran bantuan kerajaan, peniagaan PPK dan pusat kegiatan ekonomi.

“Ini adalah hasrat MADA selain petani menguruskan pertanian, mereka juga melibatkan diri dalam bidang perniagaan.

“Keuntungan perniagaan ini dapat dipulangkan kepada ahli PPK melalui dividen,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain