Namun beliau mengakui kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Langkawi baru-baru ini memberi semangat kepada BN dalam berhadapan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dianggap sebagai calon berpengaruh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau percaya mampu me­ngekalkan kerusi Parlimen ter­sebut meskipun terpaksa berhadapan dengan bekas Perdana Menteri yang juga merupakan calon PKR bagi kawasan itu.

“Kunjungan Perdana Menteri baru-baru ini cukup penting dalam meningkatkan keyakinan BN. Malah kehadiran Perdana Menteri juga memberi sema­ngat kepada kami mempergiatkan usaha mempertahan kerusi tradisi BN itu.

“Pertandingan di Langkawi kali ini cukup berbeza kerana melibatkan saingan daripada seorang bekas Perdana Menteri dan lawan dengan saya yang bukan sesiapa,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berharap rakyat akan terus memberi sokongan kepada BN demi masa depan Langkawi.

“Pelbagai perancangan telah diatur dalam usaha menjadikan Langkawi sebagai sebuah lokasi pelancongan terkemuka di dunia dan hasrat itu akan menjadi sempurna sekiranya parti itu diberi mandat di kawasan ini,” katanya. Parlimen Langkawi dalam PRU-14, Rabu ini bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan Nawawi, Dr. Mahathir yang membuat kemunculan semula selepas lebih dua dekad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan calon Pas, Zubir Ahmad.

Dalam PRU-13, Nawawi cemerlang di kerusi tersebut selepas menewaskan Ahmad Abdullah dari PKR dan Marina Hussein mewakili Bebas de­ngan majoriti 11,861 sekali gus mengekalkan kawasan ber­kenaan sebagai kubu kuat BN sejak dari dahulu lagi.