Ahli Parlimen, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, tindakan itu mampu membantu mereka untuk menyalurkan maklumat tepat kepada masyarakat.

“Sehubungan itu, kita adakan seminar untuk golongan berkenaan sebagai cara terbaik dalam memberi, menyalurkan taklimat serta informasi berkaitan ancaman dari sudut agama, akhlak malah fitnah dalam media sosial yang kian berleluasa kebelakangan ini,” katanya selepas merasmikan Majlis Seminar Muafakat Ummah di Dewan Kompleks Rakan Muda, di sini baru-baru ini.

Lebih 1,000 peserta terdiri daripada imam, bilal dan ahli jawatankuasa masjid dari 66 masjid di seluruh Baling terma­suk guru Kafa hadir ke seminar tersebut.

Sementara itu, Abdul Azeez berkata, beliau akan terus memastikan penduduk di kawasan tersebut tidak terputus daripada terlibat dengan pelbagai program kebajikan serta pemantapan ilmu demi pembangunan rakyat.

“Peruntukan hampir RM1 bi­lion disalurkan bagi menyiapkan pelbagai prasarana dan kemudahan untuk rakyat di sini.

“Kebanyakan projek pembangunan telah siap dilaksanakan dan selebihnya akan dilakukan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau juga berharap agar rakyat tidak mendengar segala fitnah yang dilemparkan kepada pemimpin dan sentiasa memberi sokongan padu kepada kerajaan bagi membolehkan lebih banyak pembangunan dilaksanakan untuk kepentingan rakyat.