Penduduk kampung, Zakaria Senawi, 65, berkata haiwan itu ditemukan kira-kira 10 meter dari rumah penduduk dipercayai tersesat dan mengalami kecederaan di kepala dan matanya.

“Saya pergi ke rumah jiran apabila diberitahu mereka menemukan haiwan itu pada pukul 8.30 pagi tadi sebelum menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) di talian 999.

“Tapir itu mengalami kecederaan di mata dan terjatuh dalam paya berdekatan kebun kelapa sawit dan dilihat keletihan kerana tidak makan dan tidak mampu naik ke tebing,” kata Zakaria ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, itulah pertama kali dia dan orang kampung melihat seekor tapir dan tidak menyangka haiwan itu boleh tersesat ke kampungnya.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Baling, Mohd. Faizol Ab. Aziz, berkata, selepas menerima panggilan pada pukul 9.10 pagi, empat anggotanya bergegas ke lokasi dan sampai kira-kira 20 minit kemudian.

Katanya, inilah pertama kali haiwan itu ditemukan dipercayai tersesat dan keluar ke kawasan perkampungan penduduk.

“Kemungkinan tapir itu tersesat dari kumpulannya dan ia kelaparan serta keletihan kerana terjatuh dalam paya.

Katanya,haiwan itu dibawa naik ke tebing dengan selamatnya dan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Baling. - UTUSAN ONLINE