Loji hasil sumbangan sebuah syarikat dari Johor Bahru, Johor, Ranhill SAJ Sdn. Bhd., menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu, mampu mengagihkan lima tan air sejam.

Pengurus projek itu, Mohd. Shahrizan Ibrahim berkata, menerusi pemasangan loji berkenaan, penduduk boleh mengambil bekalan air secara percuma bermula pukul 8 pagi sehingga pukul 12 tengah malam setiap hari ini.

“Kita ambil air dari sungai Tupah melalui sebuah pam khas dan kemudian melalui proses tertentu termasuk penapisan dan dibasmi kuman.

“Ia kemudian diuji kaji sehingga mendapat kelulusan dari pihak Kementerian Kesihatan sebelum diberi kepada pengguna,” katanya ketika ditemui di sini.

Penduduk, Haswadi Harun, 36, dari Kampung Tandop Batu berkata, langkah itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban penduduk yang sedang mengalami masalah air.

Surirumah, Shuhada Shaari, 34, dari Kampung Merbok berkata, pembekalan air itu telah dapat mengurangkan tugas hariannya untuk memasak air bagi tujuan dibuat minuman.

Peniaga, Neow Soon Kee, 50, dari Pekan Merbok pula berkata, dia mengambil air itu untuk keperluan berniaga di kedai makannya setelah dijamin selamat oleh Kementerian Kesihatan. - UTUSAN ONLINE