Dalam kejadian pukul 2.54 petang, mangsa, Muhamad Alif Farhan Shahzuwan, 14, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan.

Ketua Polis daerah, Superintenden Ahmad Nasir Jaafar berkata, mangsa yang datang dari arah Sungai Karangan menghala ke Merbau Pulas terbabas selepas motosikal yang dinaiki hilang kawalan.

"Apabila tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh dengan kereta Perodua Viva yang datang dari arah bertentangan.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta tersebut tidak mengalami kecederaan," katanya.

Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE