Apatah lagi, jika berbasikal di jalan raya yang sibuk, penuh berliku dan perlu bersaing dengan kende­raan lain tentu amat menakutkan.

Namun, dek kerana keterujaan serta giannya, bagi 350 peserta program Baling Century Ride mengayuh basikal sejauh itu adalah cabaran yang menguji fizikal dan mental mereka.

Meskipun ada yang menga­yuh sejauh 160 km dan ada juga yang separuh jalan serta bersaing dalam kalangan peserta amatur dan profesional, kesemuanya di­lihat mempamerkan aksi terbaik serta komitmen 100 peratus.

Bermula seawal 7.30 pagi, kejohanan kali kedua anjuran Kelab Berbasikal Bayu Baling (BCC) yang berlangsung baru-baru ini, bukan sekadar menarik penyertaan peserta tempatan, malah peserta dari Johor, Melaka, Pahang, Terengganu, Kuala Lumpur dan Selangor yang tidak melepaskan peluang.

Peserta dilepaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Datuk Azmi Che Husin dalam acara mempunyai sembilan kategori antaranya A-Men Junior (15-16 tahun), B-Men Junoir (17-20 tahun), C-Men Open (21-34 tahun), D-Men Junior Master (35-44 tahun), E-Men Senoir Master (45-50 tahun), F-Men Orai (51 tahun ke atas), G-Women Open (17-34 tahun), H-Women Master (35 tahun ke atas) dan J-Heavyweight (90kilogram ke atas).

Konsep perlumbaan basikal lasak dikatakan lebih sukar, namun dalam kerana peserta bukan sekadar mengharungi jalan raya sebaliknya menempuh laluan berbukit setinggi lebih 217 meter dengan jumlah keseluruhan 2,031 meter.

Bagi yang tidak cekal, kawasan berbukit mampu mengganggu rentak kayuhan, silap hari bulan terpaksa menolak basikal.

Namun, ternyata kebanyakan peserta termasuk amatur mempamerkan aksi terbaik dan berjaya menamatkan kayuhan seawal empat jam enam minit.

Keasyikan pemandangan selain ragam peserta yang dilihat berkayuh walaupun ada yang secara santai menjadikan jarak 160 km itu bagaikan cukup dekat hinggakan ada peserta rasa tidak puas berkayuh biarpun sudah sampai ke garisan penamat.

Pengalaman kayuhan buat peserta yang tidak sekadar dapat beriadah, sebaliknya mengeratkan hubungan silaturahim selain menghayati serta menghargai sendiri keindahan alam sekeliling.

Pengerusi BCC, Mohd. Ridzuan Musa, berkata, pihaknya ber­puas hati dengan sambutan di­terima biarpun penyertaan kurang sedikit daripada yang dijangkakan.

Katanya, sengaja memilih konsep perlumbaan jalan raya kerana ia medan terbaik memupuk semangat kesukanan dalam kala­ngan masyarakat, khasnya peserta.

“Harapan kita agar semua orang dapat merasai nikmat berbasikal dan paling utama, perlumbaan ini dapat saling kenal mengenali antara satu sama lain dan mendekatkan silaturahim,” kata Mohd. Ridzuan.

Menurutnya, program mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pejabat Kesihatan, Pejabat Belia dan Sukan, Majlis Daerah Baling dan Kolej Komuniti.

Sementara itu, juara peserta wanita, Monica Ann, 43, dari Pulau Pinang, yang menyertai ka­tegori Women Veteran berkata, dia amat berpuas hati dengan pe­nganjuran Baling Century Ride ini.

“Penganjuran ini yang terbaik pernah saya sertai dan ia amat mencabar dengan laluan 160 km jauhnya.

“Ini adalah kali kedua saya menyertai pertandingan ini, walaupun cuacanya agak panas ketika itu, namun ia tidak mematahkan semangat saya untuk menyudahkan kayuhan hingga ke garisan penamat,” kata Monica.

Peserta tempat pertama mewakili Pasukan Tebuan Rider, Mohd. Zawawi Azman, 22, dari Parit Buntar Perak pula berpendapat, penganjuran itu medan terbaik mencungkil bakat baharu selain mengasah potensi berbasikal sedia ada.

“Paling seronok adalah peserta dapat menguji keupayaan diri masing-masing dengan berentap bersama peserta trek dari pelbagai negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

“Dengan cara ini, kita dapat melihat sejauh mana perbezaan kita dengan peserta dari tempat lain, sekaligus membolehkan seseorang itu memperbaiki lagi rentak kayuhan pada masa akan datang,” kata Mohd. Zawawi.

Peserta kategori A-Men Junior, Muhammad Rashidi Abdul Razak, 13, berkata, pengalaman pertama kali kayuhan itu amat mengujakannya meskipun men-
dapat tempat ke-10.

“Sebelum ini saya hanya berkayuh secara santai bersama rakan-rakan untuk beriadah pada waktu petang dan musim cuti sekolah.

“Memenangi tempat ke-10 menyuntik semangat saya untuk te­rus bergiat dalam bidang ini dan saya mahu melangkah lebih jauh lagi dengan menyertai pelbagai pertandingan sama ada di dalam daerah ini mahupun luar daerah,” kata Muhamad Rashidi.

Sementara itu, Azmi berkata, sukan berbasikal ini berpotensi untuk mencungkil bakat peserta untuk terus bertanding hingga ke peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

“Ia sukan yang amat digemari oleh semua lapisan masyarakat, yang bukan sahaja untuk merebut kejuaraan ataupun kemena­ngan, malah ia satu riadah yang amat baik untuk kesihatan.

“Sukan ini juga boleh membawa pelancong yang juga me­rupakan peserta dari luar daerah ini untuk datang ke Baling, sambil bersukan sambil menikmati keindahan dan mengunjungi beberapa tempat yang menarik di sini,” kata Azmi.

Katanya, penganjuran sukan ini dapat menjana pendapatan penduduk tempatan dengan hasil jualan yang pelbagai serta tempat-tempat penginapan seper­-
ti homestay penuh ditempah oleh peserta.