Muhamad Nuraiman Hambali Shahibul

Ketua Polis Daerah Sik DSP Abdull Razak Osman berkata mayat Muhammad Nuraiman Hambali Shahibul, 20, dijumpai rakan sekerja mangsa lebih kurang 9.30 pagi sebelum kejadian itu dimaklumkan kepada pihak polis.

Beliau berkata berdasarkan laporan diterima pihaknya mangsa dikatakan hilang sejak Sabtu lepas.

Menurut pengadu yang merupakan Pegawai Perhilitan Sik, mangsa dikatakan ingin pergi ke Alor Setar untuk membeli keperluan masuk hutan pada 3 Mac, namun beliau tidak pulang sehinggalah mayatnya ditemukan hari ini, katanya dalam satu kenyataan.

Abdull Razak berkata setibanya di lokasi kejadian itu, pihak polis mendapati mayat berada dalam keadaan tertiarap bersebelahan sampan dengan jarak lebih kurang 100 meter dari jambatan di tasik itu. - BERNAMA