Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 9 malam lalu bergegas ke lokasi untuk siasatan.

Katanya, hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa berusia 25 tahun dan dipercayai telah meninggal dunia sejak empat hingga lima hari lalu.

“Semasa ditemukan, mangsa berada dalam keadaan tertiarap di dalam bilik tidur dan terdapat tali pada tengkuk si mati,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, sebaik sahaja tiba, anggota polis mendapati pintu rumah tersebut berkunci daripada dalam dan berikutan itu terpaksa dipecahkan.

“Tiada sebarang kesan pergelutan dan kesemua perabot dalam keadaan baik,” katanya lagi sambil menambah, mayat dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani dan telah selesai dibedah siasat kira-kira pukul 9 pagi ini. - UTUSAN ONLINE