Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Zakaria Othman berkata, pelantikan pembantu amil dibuat oleh pengurusan tertinggi LZNK dapat melancarkan proses agihan bantuan dengan lebih efektif di 656 kariah.

“Pembantu amil adalah sukarelawan yang dikenal pasti di setiap kariah dan mereka akan diberikan elaun menerusi kaedah yang sesuai berdasarkan kerja-kerja mereka.

“Mereka ditugaskan untuk mencari asnaf dalam kariah masing-masing dan sampaikan maklumat tersebut kepada pihak LZNK untuk kita bantu,” katanya

Menurutnya, pembantu amil akan menguruskan semua bentuk bantuan-bantuan dan permohonan termasuk semua urusan berkaitan LZNK di daerah tersebut.

“Urusan penduduk dengan LZNK boleh diselesaikan di peringkat kariah termasuk menguruskan borang dan permohonan asnaf yang layak,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis Penyampaian Hadiah Amil Zakat Fitrah 2017 di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, pendekatan tersebut meringankan tugas-tugas ketua amil dan membolehkan bantuan disalurkan kepada golongan asnaf yang layak. - UTUSAN ONLINE