Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat MPK, Zaidi Zainun berkata, sumbangan julung kali itu disampaikan kepada imam setelah MPK menerima peruntukan daripada kerajaan negeri.

“Sebanyak RM20,000 diperuntukkan setiap bulan kepada MPK dan peralatan jenazah ini mula diagihkan kepada sesiapa sahaja dalam kalangan orang susah.

"Imam masjid boleh memilih sesiapa sahaja yang layak apabila ahli keluarga masing-masing me­ninggal dunia untuk menerima peralatan itu, program begini banyak memberi manfaat dalam usaha menolong orang susah yang juga berada di bandar,” katanya selepas majlis penyampaian kit itu yang disampaikan oleh Yang Dipertua MPK, Rohaizad Rashid.

Terdahulu, Rohaizad berkata, pihak pengurusan masjid ber­upaya mengagihkan kit itu untuk meringankan beban golongan berkenaan.

Menurutnya, setiap imam me­nerima lima kotak mengandungi 20 peralatan utama termasuk kain kafan, sehelai baju, sebotol air mawar serta panduan pengurusan jenazah.

Sementara itu, Imam Masjid Nurul Ehsan Sungai Karangan, Mukim Padang Meiha, Mohammadan Ishak berkata, sumbangan tersebut mampu membantu golongan miskin sama ada di bandar ataupun di luar bandar.