Dr. Norhizan Ismail

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Norhizan Ismail berkata, sebanyak tiga kes kematian dicatatkan sehingga Sabtu lalu berbanding satu kes kematian bagi tempoh sama pada 2016.

“Dua kes kematian disebabkan demam denggi dicatatkan di Kulim dan satu kes lagi di Kuala Muda. Dalam pada itu, Kuala Muda menunjukkan pening­kat­an kes tertinggi iaitu 149 kes berbanding tujuh daerah lain.

“Daerah lain yang menunjukkan peningkatan ialah Kulim dengan 194 kes, Kubang Pasu (49 kes), Langkawi (21 kes), Sik (40 kes), Padang Terap (17 kes), Bandar Baharu (13 kes) dan Ba­ling (77 kes).

“Terdapat lima lokaliti wabak denggi yang masih aktid di ne­geri ini iaitu di Taman Selasih IV, Kulim; Kampung Charuk Kit, Sik; Kampung Changai, Kubang Pasu; Kampung Banggol 9, Padang Terap dan Taman Ria Jaya Zon A, Kuala Muda,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Norhizan memberitahu, sebanyak 171 kes chikungunya dicatatkan di ne­geri ini dari Januari hingga Sabtu lalu.

“Kes chikungunya dilaporkan di enam daerah iaitu Kuala Muda (100 kes), Baling (72 kes), Pendang (2 kes) manakala Kulim, Kubang Pasu dan Sik masing-masing satu kes. Bagaimanapun, wabak chikungunya telah tamat di Baling dan tiada lagi lokaliti wabak aktif di Kulim, Kubang Pasu dan Sik.

“Wabak aktif chikungunya kini hanya aktif di Kuala Muda iaitu di satu lokaliti di Taman Ria Zon 4 dengan empat kes dicatatkan bermula 24 Mei lalu,” katanya.

Tambahnya, Jabatan Kesihatan negeri mengeluarkan 2,912 kompaun bernilai RM1,456,000 terhadap premis yang gagal mematuhi Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975.

“Sebanyak 453 Notis Seksyen 8 telah dikeluarkan bagi arahan kerja pembersihan dan pemusnahan tempat yang berpotensi menjadi tempat pembiakan aedes.

“Selain itu, sebanyak 283,491 premis telah dibuat semburan untuk membunuh nyamuk. Sementara itu sebanyak 52,729 premis telah dibubuh abate bagi memusnahkan jentik-jentik aedes,” ujarnya.