Antara yang menarik ialah pemberian kad pintar kepada seramai 5,482 ketua isi rumah di negeri ini, bernilai RM400 hingga RM500 sebulan, untuk membeli barangan keperluan harian di pasar raya-pasar raya.

Kad pintar itu dikenali sebagai Kad Kasih Ibu Darul Aman (KIDA).

Perkara itu diumumkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam Majlis Perjumpaan Khas Menteri Hal Ehwal Ekonomi bersama Pegawai-pegawai Kanan dan Kakitangan Kerajaan Negeri dan Persekutuan Negeri Kedah di Wisma Darulaman di sini, sebentar tadi.

“Projek lain ialah pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim bernilai RM1.6 bilion; Lebuh Raya Koridor Utara iaitu yang menghubungkan Bandar Baharu-Sungai Petani dan Sungai Petani-Jambatan Sultan Abdul Halim (kedua-duanya bernilai RM1.7 bilion).

“Tiga lagi projek ialah pembinaan Hab Taman Industri Pembuatan dan Logistik di Kulim (RM300 juta); Perpustakaan Digital di Alor Setar (RM15 juta) dan Taman Perindustrian Petrokimia,” kata Azmin. - UTUSAN ONLINE