Pengerusi Jawatankuasa In­­dustri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi serta Segitiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT), Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail berkata, kebiasaannya setiap menteri atau timbalan menteri yang meng­adakan program di negeri ini mengeluarkan belanja berdasarkan peruntukan kementerian sendiri.

“Lebih daripada itu apabila mereka tiba ke negeri ini, diumumkan pula bermacam-macam projek yang mencecah jutaan ringgit untuk rakyat.

“Jelas, kehadi­ran mereka meng­untung­kan banyak pihak dan disebabkan itu kerajaan negeri sentiasa me­ngalu-alukan keha­diran mereka,” ka­tanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan dikemukakan Mohd. Azam Abd. Samat (Pas-Sungai Limau) mengenai belanja kehadiran pemimpin Kerajaan Pusat yang dilihat kian kerap hadir ke Kedah kebelaka­­ng­an ini.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah yang turut bangun bagi menjelaskan perkara itu memberitahu, tanggungan perbe­lanjaan para pe­mimpin negara itu bergantung kepada tujuan mereka hadir ke negeri ini.

“Jika mereka hadir atas urusan parti, maka parti politik se­perti UMNO akan menanggung kosnya tetapi jika mereka da­tang untuk program kementerian, maka kementerian itulah yang mengeluarkan belanja.

“Sebagai contoh, apabila Perdana Menteri hadir dan bertemu kira-kira 7,000 penjawat awam di negeri ini, kosnya ditanggung oleh Pejabat Perdana Menteri sendiri manakala kos majlis penyerahan bantuan Pro­gram Bersama Rakyat Sempena Bantuan Musim Tengkujuh Kepada Pekebun Kecil dan Penoreh Getah di Dataran Keda beberapa jam selepas itu pula dibayar oleh Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi,” katanya.