MOHD. RAWI ABD. HAMID

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Wari­san dan Kerja Raya negeri, Datuk Mohd. Rawi Abd. Hamid (gambar) berkata, peruntukan disediakan itu membawa manfaat kepada 4,564 jemaah haji Kedah termasuk 275 jemaah haji Perlis yang berlepas melalui 10 pe­nerbangan terus dari Lapa­ngan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di sini.

“Jumlah perbelanjaan RM2.6 juta itu membabitkan pemberian sagu hati kepada jemaah haji Kedah dan Perlis RM2.375 juta serta perbelanjaan penyediaan dan keperluan sebanyak RM212,593.50.

“Pemberian sagu hati ini membabitkan wang tunai serta peralatan seperti kain pelekat, kain batik dan beg yang diberikan terus kepada jemaah di LTSAH manakala yang berlepas dari lokasi lain, wang tunai dimasukkan melalui akaun bank mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Abu Hasan Sarif (BN-Kota Siputeh) mengenai penerbangan khas untuk jemaah haji dari LTSAH ketika Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Dalam Bajet 2018 yang dibentangkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah mengumumkan pemberian sagu hati RM500 kepada setiap jemaah haji Kedah akan diteruskan pada tahun depan.