Shaiful Hazizy
Shaiful Hazizy

Ini terbukti apabila 408 daripada 1,000 pemohon disenarai pendek bagi menjalani sesi temu duga untuk menyertai IMAN 2.0.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, permohonan itu jelas menunjukkan betapa inisiatif diambil kerajaan negeri sememangnya memenuhi aspirasi serta cita rasa anak muda bagi menambah potensi diri selain membuka laluan kepada masa depan yang lebih cerah buat mereka.

“Sebab itu saya yakin, pada tahun-tahun mendatang, kerajaan negeri akan berusaha untuk menambah kuota ditetapkan berban­ding hanya 50 tempat yang disediakan pada tahun ini.

“Menteri Besar sentiasa menunjukkan kesungguhan un­tuk membantu anak-anak muda untuk berusaha mencari rezeki di negeri ini.

Tidak sekadar itu, beliau juga selalu berpesan kepada pihak terlibat supaya sentiasa memantau perkembangan peserta bagi memastikan mereka mampu menjadi insan lebih cemerlang selepas menjalani program ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau sesi temu duga berkenaan di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman, di sini semalam.

Mengulas lanjut, katanya, beberapa penambahbaikan turut dilakukan untuk program kali kedua ini melibatkan peningkatan kos daripada RM225,000 tahun lalu kepada RM490,000 tahun ini.

“Antaranya penambahan pe­serta daripada 25 kepada 50 orang. Selain itu, agensi serta syarikat terlibat juga bertambah daripada 19 buah agensi pada tahun lalu kepada lebih 40 buah untuk kali ini.

“Lebih menarik, beberapa agensi Kerajaan Persekutuan yang berada di negeri ini turut bersedia menerima peserta an­taranya Jabatan Kemajuan Masyarakat, Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan serta Jabatan Perdana Menteri,” katanya.