Pengarah Eksekutif UP&D, Rozita Yusoff berkata, pihaknya berpuas hati dengan sambutan diberikan oleh orang ramai berkunjung ke gerai itu dan membeli buku selepas pelancaran dilakukan pada hari rabu lalu.

“Bila ada pesta begini, mereka dapat membeli pelbagai bahan bacaan, termasuk buku sejarah, nobel dan lain-lain hasil keluaran UP&D.

“Apa yang menarik, ramai dalam kalangan warga emas turut hadir untuk memilih dan membeli buku kegemaran masing-ma­sing dan harga buku yang dijual di sini, lebih murah berbanding di tempat-tempat lain,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Yang turut hadir Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK), Shahizan Affendi Zakaria.

Rozita berkata, langkah diambil oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK) dengan menganjurkan peserta buku seumpama ini selama lima hari bermula Rabu lalu, adalah baik sekali dalam usaha menggalakkan orang ramai gemar dengan amalan membaca itu.

Sementara itu Pengerusi Ja­watankuasa Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Kese­nian, Pembangunan Usahawan serta Badan Bukan Kerajaan negeri, Mohd. Asmirul Anuar Aris ketika merasmikan pesta buku itu berkata, melalui program begini, ia berupaya untuk melahirkan lebih ramai gene­rasi muda kepada suka amalan membaca buku.

“Usaha begini boleh melahirkan generasi muda berpenge­tahuan tinggi serta berjaya di dalam sebuah negara maju.

“Sebenarnya, hanya orang yang mencintai buku sahaja dapat merasai sesuatu bila diadakan pesta buku seumpama ini. Perpustakaan awam yang ada di kampung dan di bandar berupaya mengubah pemikiran masyarakat bila amalan suka membaca terus diberi perhatian,” katanya.

Selain jualan buku, pengunjung berpeluang menghadiri perbincangan bertajuk Bicara Tokoh Ilmuan Membina Budaya Ilmu oleh beberapa orang tokoh ilmuan di negara ini, termasuk Dr. Shaari Isa, Hassan Baseri Budiman dan Prof. Dr. Md. Amin Abdul Rahman Al-Jarumi de­ngan moderator Datuk Dr. Mohamad Azmie Zakaria dari Pusat Ilmuan Darulaman (PID).

Hampir 100,000 pengunjung dari Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang hadir bagi memeriahkan pesta buku itu.