TAJUL URUS MAT ZAIN

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) negeri, Chan Pei Hong berkata, perbuatan itu terlalu berisiko sehingga boleh mendatangkan kecederaan parah atau kematian.

“Kajian mendapati jika kita menggunakan telefon sama ada untuk menghubungi ataupun menghantar mesej kepada seseorang, tumpuan kepada pemanduan akan berkurangan sehingga 50 peratus.

“Jika berlaku sebarang kecemasan, kemampuan kita mengambil tindakan untuk mengelak kemalangan pasti berkurangan. Justeru, dalam apa-apa ke­adaan sekalipun, tolong­lah jangan gu­­nakan telefon bimbit atau sebarang gajet ketika memandu,” ka­tanya dalam si­dang akhbar selepas pe­lancaran Kempen Kesela­ma­tan Jalan Raya sempena Pe­rayaan Tahun Baharu Cina peringkat negeri di pekarangan Stadium Darul Aman, di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Ba­dan-Badan Bukan Kerajaan ne­geri, Datuk Tajul Urus Mat Zain melancarkan kempen ber­kenaan.

Sementara itu, Tajul Urus berkata, beliau kesal melihat gelagat segelintir penunggang motosikal sengaja menempah maut apabila menunggang dengan hanya sebelah tangan semata-mata untuk menggunakan telefon bimbit.

“Ada pula yang saya lihat menunggang motosikal dalam ke­adaan ‘me­ngepit’ telefon bimbit antara bahu dan kepala mereka.Kalau penting sa­­ngat panggilan itu, apalah salah­nya berhenti se­kejap di tepi jalan.

“Kadar kemala­ngan di negara kita masih tinggi jika dibandingkan de­ngan negara maju dan itu menunjukkan betapa kesedaran kita untuk lebih berhati-hati di jalan raya amat perlu ditingkatkan,” katanya.