Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Galak peladang ceburi perniagaan

MADA iktiraf kecemerlangan PPK terlibat aktiviti ekonomi

SEBAHAGIAN daripada ahli yang hadir dalam  Mesyuarat Agung Tahunan 5
SEBAHAGIAN daripada ahli yang hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan PPK MADA 2017.

ALOR SETAR 17 Mei - Penubuhan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) pada tahun 70-an antaranya untuk memaju, menggalak, membantu dan meng­usahakan projek pembangunan ekonomi peladang dalam kawasan Muda di Kedah dan Perlis.

Kini, setelah lebih 45 tahun, MADA berterusan da­lam memainkan peranan me­­­martabatkan golongan ber­­kenaan terutama dalam me­­­­ningkatkan pendapatan me­­reka me­lalui pelbagai ke­gia­­tan ekonomi dan perniagaan di­jayakan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) bernaung di bawahnya.

Usaha itu membuahkan hasil apabila pendapatan diraih PPK MADA berkenaan bagi 2016 me­ningkat sebanyak RM2.2 juta kepada RM130.1 juta berbanding RM127.9 juta tahun sebelumnya yang membabitkan keseluruhan 27 PPK di kedua-dua negeri.

Menurut Pengerusi MADA, Datuk Othman Aziz, peningkatan itu menjelaskan MADA serius dalam peranannya untuk memartabatkan peladang dalam penyaluran bantuan kerajaan, perniagaan PPK dan pusat kegiatan ekonomi.

“Ini adalah hasilnya apabila mereka giat menceburi bidang perniagaan melalui pelbagai cabang daripada menguruskan pusat belian pa­di hingga ju­a­lan racun mahupun industri hi­liran, keuntungan akan diagihkan kepada ahli PPK itu juga melalui dividen setiap tahun,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PPK MADA 2017 di sini kelmarin.

Majlis yang dihadiri lebih 1,000 petani itu merupakan me­dan­ untuk setiap PPK melakukan penilaian terhadap prestasi ma­sing-masing dalam usaha memperkukuhkannya.

Dalam majlis itu juga berlangsung penyampaian sembilan anugerah dan pengiktirafan kepada PPK mengikut beberapa kategori termasuk PPK Jaya, PPK Pengurusan Estet Padi Terbaik dan Unit Peladang Jaya.

Mengulas lanjut kata Othman, anugerah tersebut sebagai menghargai kesungguhan peladang untuk menjayakan aktiviti ekonomi sekali gus mensejahterakan ahli.

Katanya, PPK MADA bukan sahaja mengaut keuntungan, malah bilangan ahlinya juga meningkat kepada 50,441 orang pada 2016 berbanding 49,853 orang (2015).

“Ini adalah hasrat MADA selain petani dapat menguruskan pertanian mereka juga terlibat dalam bidang perniagaan,” katanya.

Beliau menambah, selain perniagaan berasaskan pertanian, MADA turut menggalakkan ahli-nya menceburi bidang hartanah.

“Jika ada dalam kalangan ahli PPK yang mempunyai tanah untuk dibangunkan, MADA sedia membantu untuk memberikan tunjuk ajar dan bimbingan,” katanya.

Othman berkata, penglibatan golo­ngan muda amat penting bagi memastikan kelestarian sektor pertanian keseluruhannya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain