Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, pelantikan Syeikh Fadhil mendapat perkenan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

“Saya percaya beliau adalah calon yang sesuai untuk diangkat ke jawatan Mufti Kedah bagi menggantikan mufti terdahulu, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad yang tamat kontrak selepas berkhidmat dengan penuh komitmen sejak 2009 hingga 2017.

“Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Syeikh Muhamad Baderudin yang berkhidmat dengan penuh kecemerlangan dalam mengangkat martabat agama Islam di negeri ini ke tahap yang ada pada hari ini,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE