Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin berkata, pihaknya menahan dan membawa remaja berumur antara 15-18 tahun ke balai polis untuk pemeriksaan.

“Kita sudah semak dan mendapati remaja terbabit tidak berniat untuk mencuri.

“Ia hanya perbuatan nakal kumpulan remaja tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tular di media sosial sejak Sabtu lalu video berdurasi kira-kira 30 saat memaparkan anggota polis menahan sekumpulan remaja dengan seorang darinya berpakaian menyerupai pocong di pekan Bukit Pinang dekat sini Jumaat lalu. – UTUSAN ONLINE