Pengarah Urusannya, Datuk Hamdan Othman berkata, pihaknya menyediakan 10 mesin cuci pakaian layan diri di kedai tersebut yang beroperasi di Taman Rak­yat Mergong dekat sini melibatkan lapan unit mesin berkapasiti 14 kilogram dan dua unit mesin berkapasiti 28 kilogram.

“Selain itu, kami turut menyediakan 16 unit mesin pengering terdiri daripada 14 unit mesin berkapasiti 16 kilogram dan dua unit mesin berkapasiti 30 kilogram.

“Perniagaan milik keluarga ini dibuka setiap hari selama 24 jam dan merupakan kedai dobi terbesar di bandar raya ini,” katanya dalam majlis pembukaan perkhidmatan dobi layan, di sini hari ini.

Sempena promosi pembukaan itu, orang ramai berpe­luang menggunakan perkhidmatan mencuci pakaian secara percuma di dobi berkenaan selama se­minggu tanpa had bermula hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, pi­haknya merancang membuka lima lagi cawangan dobi tersebut di beberapa negeri antaranya di Me­laka dan Negeri Sembilan.

“Antara perkara yang menarik di kedai dobi ini adalah kami turut menekankan penggunaan tulisan jawi bagi membantu memberi ‘nyawa’ kepada tulis itu semula.

“Dari aspek keselamatan, pengguna tidak perlu bimbang untuk menggunakannya pada waktu malam kerana kedai dobi ini turut dilengkapi dengan kame­ra litar tertutup yang dihubungkan terus kepada pasukan ke­selamatan,” katanya.