Dr. Norhizan Ismail
Dr. Norhizan Ismail

Apa yang menarik, demi menghargai peminat bola sepak 30 penderma darah akan mendapat tiket masuk secara percuma bagi menyaksikan perlawanan yang dinanti-nantikan ramai itu.

Menurut Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Norhizan Ismail, bas derma darah akan berada di pekarangan stadium itu seawal pukul 9 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

“KFA menyediakan 30 tiket kepada 30 penderma yang pertama. 

“Bas derma darah akan mula berada di pekarangan  stadium pukul 9 pagi. Pada masa yang sama kita galakkan juga orang ramai untuk derma  darah,” katanya di sini hari ini.  -UTUSAN ONLINE