Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, tempat ibadat tidak seharusnya dicemari kata-kata yang bercanggah dengan ajaran Islam apatah lagi menggunakan alasan kononnya untuk tujuan berdakwah.

Beliau menegaskan, pihak tertentu perlu menggunakan saluran yang betul jika wujud sesuatu masalah yang perlu di­selesaikan oleh kerajaan dan bukannya mengkritik kerajaan secara umum

MUKHRIZ MAHATHIR
MUKHRIZ MAHATHIR 

dalam ceramah atau kuliah.

“Kita semua ten­tunya faham perbezaan antara dakwah dan ceramah politik. Dakwah mempunyai nilai keilmuan, manakala ceramah politik pula bertujuan untuk mempe­ngaruhi pendengar terhadap sesuatu ide­o­logi atau pemikiran kepartian.

“Walaupun ia disulami de­ngan sirah dan hadis, ia tetap ceramah politik yang tidak bertujuan untuk berdakwah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan sempena majlis Ijtimak Menteri Besar dan pelancaran program Penarafan Bilik Air dan Tempat Wuduk Masjid-masjid Negeri di Dewan Seri Mentaloon di sini hari ini.

Yang turut hadir, Mufti nege­ri, Datuk Syeikh Fadhil Awang, Ahli Majlis Mesyuarat Ke­rajaan negeri, Da­­tuk Dr. Ismail Sal­leh dan Pengarah­ Jabatan Agama Is­lam negeri, Datuk Ab­dul Rahman Isma­il.

Mukhriz seterus­nya mengingatkan semua pihak supaya menjadikan masjid sebagai medan pe­nyatuan ummah seperti mana yang dituntut oleh Rasulullah saw.

“Inilah juga yang selalu dititahkan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang melarang masjid dijadikan medan berpolitik, melainkan berfungsi sebagai pusat ibadat dan lambang kepada syiar Islam serta tempat penyatuan ummah,” kata beliau lagi