Anaknya, Salmiah Awang, 57, berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5 pagi selepas dia dan ibunya selesai sahaja bersahur.

“Saya dengan emak terkejut apabila melihat bumbung rumah diterbangkan angin hanya beberapa minit sahaja.

“Dalam keadaan ketakutan itu, saya terpaksa menjerit meminta jiran, Hasan Othman, 43, datang membantu. Semua bumbung rumah diterbangkan angin dan akhirnya terletak di bahagian dapur rumah,” katanya ketika dtemui di sini.

Berikutan kejadian itu, Salmiah berkata, dia dan Mek terpaksa tinggal di rumah adiknya, Rosnah Awang, 42, tidak jauh dari situ.

“Kami membuat aduan di Balai Polis Tikam Batu dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Kuala Muda.

“Saya berharap ada pihak tertentu tampil melakukan sesuatu bagi membaiki bumbung rumah itu,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Bahagian Sungai Petani, Shabri Mahamood berkata, UMNO Bahagian Sungai Petani melalui ketuanya, Datuk Abdul Rahim Saad bersetuju untuk membaiki bumbung rumah yang didiami oleh dua beranak itu.