OTHMAN AZIZ
OTHMAN AZIZ

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz berkata, ketika ini wang yang dijanjikan sudah pun tersedia dan hanya menanti masanya saja untuk diserahkan kepada para pesawah yang layak.

“Insya Allah kita akan buat pelancaran bersama Perdana Menteri pada pertengahan Mac depan dan penyerahan dijangka selesai pada awal April. Jangan bimbang, kerajaan sentiasa ingat akan janji yang dibuat kerana peruntukan sudah pun diluluskan dan hanya menanti masa sesuai untuk diserahkan kepada mereka yang layak.

“Untuk para pesawah, saya nasihatkan sila buat semakan nama dengan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) bagi memastikan anda tidak terlepas daripada menerima bantuan ini. Yang tak termasuk dalam PPK, pastikan nama mereka berada di saluran lain yang tepat kerana kita tak mahu keadaan menjadi kelam kabut sehingga ada yang layak terima tak dapat dan ada pula yang tak layak menerima, tetapi memperolehinya,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berkata demikian selepas selesai mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bekalan Air dan Penanaman Padi bagi musim satu 2018 di Ibu Pejabat Mada dekat Ampang Jajar di sini, hari ini.

Menerusi pembentangan ‘ibu’ segala bajet pada Oktober tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baut pertama kalinya mengumumkan bantuan sebanyak RM200 sebulan bagi tempoh tiga bulan kepada para pesawah sementara menunggu hasil tuaian padi.

Pemberian itu melibatkan peruntukan berjumlah hampir RM150 juta. - UTUSAN ONLINE