Penganugerahan kecemerlangan itu menjadikan warga pendidik sentiasa bersemangat untuk meneruskan khidmat bakti mereka kepada pelajar.

Pengerusi Jawatankuasa Pe­ne-
­rangan, Pembangunan Luar Ban-dar dan Pembasmian Kemiskinan negeri, Datuk Mohd. Tajudin Abdullah berkata, khidmat bakti guru bukan sahaja untuk mendi­dik, malah mempunyai hubungan rapat dengan komuniti setempat.

“Pihak sekolah terutamanya guru, ibu bapa dan masyarakat sekeliling perlu berganding bahu untuk memantapkan lagi kecemerlangan pembelajaran serta pendidikan pelajar,” katanya dalam majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Daerah Sik di Dewan Al-Hana, di sini semalam.

Menurutnya, kerajaan sentiasa menyediakan pelbagai peluang dan inisiatif kepada pelajar se­perti kelas tuisyen Barakah, skim insentif murid Unit Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan sebagainya.

“Ini semua sebagai alat bantuan untuk pelajar lebih memahami mata pelajaran di sekolah,” katanya.

Sementara itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Betong, Mohd. Yusreen Yahaya berkata, Anugerah Kecemerlangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru diperoleh itu menunjukkan kerjasama antara pihak sekolah de­ngan ibu bapa amat baik.

“Pihak sekolah tidak perlu risau apabila mengadakan sebarang aktiviti yang melibatkan murid kerana ibu bapa memberi kerjasama dan komitmen yang amat baik dengan kami.

“Anugerah ini adalah kali pertama diadakan dan saya mengharapkan agar ia diteruskan sebagai salah satu suntikan semangat kepada guru,” katanya.