Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Almarhum dahulukan rakyat – Raja Sarina

RAKYAT jelata mengiringi jenazah Almarhum Tuanku Abdul Halim yang dibawa keluar menaiki pedati untuk
RAKYAT jelata mengiringi jenazah Almarhum Tuanku Abdul Halim yang dibawa keluar menaiki pedati untuk istiadat permakaman di Makam Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah, semalam. – Utusan /FARIZ RUSADIO

ALOR SETAR 12 Sept. - Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah disifatkan sebagai seorang sultan yang sentiasa mementingkan tanggungjawab terhadap rakyat melebihi diri baginda sendiri.

Cucunda baginda, Raja Sarina Iskandar berkata, Almarhum yang dipanggil sebagai Tok, sentiasa mencuba yang terbaik dalam memenuhi setiap jemputan acara atas tanda penghargaan dan hormat walaupun ada kalanya ba­ginda tidak sihat demi tidak mahu menghampakan mana-mana pi­hak.

“Tanggungjawab dan rakyat. Inilah ungkapan yang Tok sering ucapkan semasa masih hidup. Bila difikirkan kembali manakan tidaknya inilah asas rutin hariannya bagi memenuhi tanggungjawab seorang sultan. Bagi Tok apa sahaja yang dilakukan adalah demi rakyat tercinta.

“Sehinggakan kami sebagai ahli keluarganya merasakan perlu untuk menasihati Tok supaya tidak memudaratkan diri terutama sekali semasa Tok memegang takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong.

“Walaupun selepas cubaan untuk meyakinkannya yang pihak lain pasti akan memahami hadnya sebagai seseorang yang sudah dimakan usia, Tok masih tegas de­ngan pendiriannya - ‘Tidak. Ini tanggungjawab Tok’,” kata Raja Sarina menerusi laman Instagramnya, @sarinaiskandar, hari ini.

Hantaran yang dikongsi bersama sekeping gambar beliau ketika kecil di samping Almarhum mendapat reaksi sayu daripada netizen.

Mengulas lanjut, kata Raja Sarina, kasih Almarhum kepada Kedah juga boleh diibaratkan seperti kasih seorang bapa yang penuh dedikasi kerana bagi baginda, Kedah seperti anak kecil yang perlu dilindungi dan ditatang sehingga dapat berdikari dan berjalan de­ngan sendiri.

“Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Seperti bapanya (Almarhum Sultan Badlishah) - Tok percaya bahawa menjadi seorang sultan merupakan suatu amanah yang besar.

“Sifat pemurahnya tidak terhad kepada apa yang kita lihat di media. Secara senyap-senyap, Tok juga telah menaja pendidikan beberapa orang pemuda sehingga ke peringkat universiti. Melihat rak­yatnya berjaya membawa sejuta kegembiraan kepadanya.

“Sesuatu yang saya pelajari daripada Tok adalah untuk tidak membiarkan hidup dikawal oleh tohmahan dan hinaan daripada anasir luar. Jika kita hidup dengan berintegriti, kenapa perlu kita berasa gentar. Perasaan tersebut hanyalah untuk Allah SWT sahaja. Al-Fatihah,” katanya.

Sultan Abdul Halim mangkat di Istana Anak Bukit semalam setelah memerintah Kedah selama 59 tahun.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain