Timbalan Presiden KFA, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, keputusan itu dicapai melalui satu mesyuarat khas persatuan itu minggu lepas.

“Ahli Mesyuarat Eksekutif KFA berbincang isu tersebut secara mendalam dan bersetuju sebulat suara bahawa kepimpinan KFA melalui Ahli Majlis Eksekutif memohon supaya jawatan Presiden kekal disandang oleh Ahmad Bashah.

“Ahli Majlis Eksekutif berpendapat sumbangan dan komitmen beliau sebagai Presiden KFA menerusi pelbagai bentuk sokongan terutamanya aspek kewangan, tajaan pihak swasta dan penyediaan kemudahan infrastruktur latihan pasukan antara kesan dan kepentingan beliau mengekalkan jawatan itu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah beliau, KFA juga ketika ini dalam proses melakukan persediaan pasukan Kedah bagi mengharungi musim 2018.

“Oleh itu peralihan kuasa pengurusan pada ketika ini dianggap tidak sesuai memandangkan komitmen diberikan beliau sejak dua tahun lepas,” katanya. - UTUSAN ONLINE