Perkara itu diumumkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Ahmad Kassim pada Sidang DUN Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini

Ahmad Kassim berkata, ADUN Guar Chempedak itu menyerahkan surat memaklumkan beliau telah keluar UMNO untuk menjadi wakil rakyat bebas.

“Sehubungan itu, kerusi beliau dalam sidang DUN Kedah diubah,” katanya.

Ku Abdul Rahman hadir pada persidangan DUN tersebut.

Hanya tiga daripada 36 calon Barisan Nasional memenangi kerusi DUN dalam pilihan raya umum lepas. - UTUSAN ONLINE