"Jumlah itu dijangka meningkat seiring pelbagai operasi pencegahan yang dirancang hingga hujung tahun ini dan tumpuan akan diberi kepada kawasan berisiko tinggi iaitu Kupang, Pekan Baling dan Kuala Ketil," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. 


Mohd Nasir berkata, hasil serbuan dan tangkapan bagi enam bulan pertama tahun ini menunjukkan dadah jenis opiatiaituheroin dan morfin menjadi sasaran utama penagih, diikuti dadah jenis syabu.

Sementara itu, seramai 636 Orang Kena Pengawasan (OKP) turut didaftarkan hingga Jun lepas.

"Hakikatnya masih ramai lagi yang masih bergelut dengan masalah penagihan dadah dan tidak berdaftar dengan AADK. Kita akan terus mengesan penagih-penagih ini dengan bantuan penduduk kampung, pihak sekolah serta agensi berkaitan supaya mereka dapat menjalani program rawatan dan pemulihan," katanya. - BERNAMA