Lebih menarik, seramai 500 pelajar Kolej Komuniti (KK) Zon Utara serta masyarakat menyahut cabaran menyertai acara tersebut sempena acara [email protected] 2018 yang merangkumi dua program iaitu #[email protected] dan #[email protected]

Kedua-dua program merupakan kompilasi daripada kesinambungan program ASEAN yang dianjurkan Cawangan Antarabangsa, Jabatan Penerangan Malaysia sejak 2008.

Bagi program [email protected] 2018, Kolej Komuniti Baling (KKB) tidak mahu ketinggalan untuk turut serta dalam Program Ba­ling Nature Explorace dan Baling Mountain Challenge.

Pengarah Kolej Komuniti Baling (KKB), Mejar Bersekutu (PA) Sobah Abdul Hamid berkata, Baling adalah daerah pa­ling bahagia mengikut National Happiness Index 2014 dan ia juga mempunyai banyak tempat menarik yang berasaskan ekopelancongan.

“Jadi, pemilihan daerah ini sebagai lokasi ASEAN Baling Nature Explorace (ABNE) amatlah bersesuaian dan dialu-alukan memandangkan kesesuaian tempat dan suasana alam semula jadi masih kekal terpelihara.

“Tujuh lokasi menarik di­pi­lih untuk dija­dikan check point peserta, an­taranya Dusun Tok Wak Desa Sentosa, Rumah Cantik Kampung Titi Teduri, sawah, Sungai Ketil, Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Air Terjun Lata Bayu,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Perasmian ASEAN Baling Nature Explorace di pekarangan KKB, baru-baru ini.

Dalam majlis tersebut, Pegawai Daerah Baling, Datuk Shuhaimie Abdul Rahman membuat pelepasan untuk 148 peserta dari 37 pasukan kolej Komuniti Zon Utara yang menyertai Baling Nature Explorace.

Menurutnya, program dimulakan seawal pukul 7 pagi dan peserta perlu mengambil pasport untuk kumpulan masing-masing dan sesi regangan.

Setiap kumpulan mempunyai empat peserta dan perlu me­nerima arahan dan petunjuk yang disediakan dan seterusnya ke lokasi ataupun check point untuk aktiviti ditetapkan.

Setiap check point mempunyai keistimewaannya tersendiri dan peserta perlu mengikut arahan daripada petunjuk dan menjawab beberapa soalan mencabar dan perlu menghabiskan kesemua check point itu sebelum pukul 1 petang.

Katanya, program anjuran Cawangan Perhubungan Antarabangsa Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama Kolej Komuniti Baling dapat mempromosikan tempat menarik di daerah ini kepada dunia luar khasnya pelancong sama ada dari dalam ataupun luar negara.

“Ramai yang tidak tahu daerah ini mempunyai tempat menarik dan dengan kehadiran pelajar kolej dari serata tempat ini, ia akan membantu mempromosikan produk pelancongan di sini,” katanya.

Sobah berkata, jiwa generasi muda kini yang suka berswafoto setiap aktiviti mereka akan membantu mempromosikan produk pelancongan apabila meletakkannya dalam media sosial milik mereka seperti Facebook, Telegram, Instagram dan sebagainya.