Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, SAU merupakan satu platfom mengumpulkan peserta terdiri daripada anak negeri dan golongan muda dari tiga negeri lain di utara tanah air.

“Acara ini menghimpunkan golongan muda terutamanya ‘rider’ atau penunggang motosikal dalam satu majlis untuk berbincang hal-hal berkaitan hala tuju dan kepentingan golongan tersebut kepada masyarakat secara keseluruhannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan acara tersebut.

Menurutnya, sebanyak 62 gerai pameran dan jualan dibuka untuk peserta dan pengunjung sepanjang program itu.

“Program tersebut juga merupakan bukti sokongan dan penerimaan golongan muda terhadap program yang dianjurkan pihak kerajaan,” katanya.